Perkongsian Info Gaya Hidup Sihat

Resipi Sihat: Nasi Ayam

Masa kecik-kecik dulu, saya ingatkan Nasi Ayam adalah nasi yang hendak diberi makan kepada ayam, maklumlah budak kampung. :D Jadi memandangkan ramai yang menggemarinya, kali ini saya nak berkongsi resipi sihat Nasi Ayam yang dipetik dari buku resipi isteri saya.

nasiayam.gif

Hidangan untuk 5 orang ini rendah lemak, tinggi karbohidrat komplek, tinggi serat dan kurang garam. Resipi ini juga banyak menggunakan perasa asli seperti jintan manis, bunga lawang, daun pandan dan daun sup, kecuali daun terup.

Baiklah Cik Jah…(ikut intonasi sebutan Chef Wan),

BAHAN-BAHAN:

a) Untuk nasi

270 g (1 ¾ cawan) beras
15 g ( 1 sudu makan) minyak sayuran, paling baik gunakan minyak kelapa dara
600 ml ( 3 cawan) air rebusan ayam
30 g ( 3 ulas) bawang merah, dihiris
5 g ( 1 ulas) bawang putih, dihiris
2 cm kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 helai daun pandan
20 g ( 2 cm) halia, dihiris

b) Untuk ayam
750 g ayam, dibuang kulit dan lemak, dipotong lima
2 liter ( 10 cawan) air
20 g ( 2 ulas) bawang merah, dihiris
5 g ( 1 ulas) bawang putih, dihiris
20 g ( 2 cm) halia, dihiris
9 g ( 1 ½ sudu teh ) garam

Bahan rempah, dicampurkan bersama;
2 g ( 1 sudu teh) jintan manis
2 g ( 1 sudu teh) jintan putih
20 g ( 2 sudu makan) kicap pekat
3 g ( 1 sudu teh) lada hitam

c) Untuk Sup
10 g ( 2 ulas) bawang putih, dimayang
15 g ( 2 cm) halia, dihiris
2 g ( ½ sudu teh) lada hitam
50 g ( 2 pokok) daun sup, dihiris halus
1 liter ( 5 cawan) air rebusan ayam
15 ml ( 1 sudu makan) minyak sayuran

d) Untuk sos cili
75 g ( 5 biji) cili merah
10 g ( 2 ulas) bawang putih
60 g ( 3 sudu makan) sos cili
3 g ( ½ sudu teh) garam
5 g ( 1 sudu teh) gula

e) Bahan untuk dihidang bersama nasi ayam
170 g ( 1 biji kecil) timun, dihiris nipis
300 g ( 2 biji) tomato, dihiris nipis
125 g ( ½ biji saiz kecil) daun salad, dicarikkan

CARA-CARA:

Cara memasak nasi
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga kuning.
2. Masukkan beras dan kacau. Masukkan air rebusan ayam, kacau lagi.
3. Masukkan daun pandan. Biarkan hingga masak.

* Untuk mengekalkan bau nasi, tudung periuk dibalut dengan kain supaya wap nasi tidak keluar dan nasi lebih harum.

Cara memasak ayam
1. Rebuskan ayam bersama hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan garam. Bila masak, simpan airnya untuk sup dan masak nasi. Isi ayam diperap dengan campuran rempah sekurang-kurangnya 30 minit.
2. Panggang dalam ketuhar dalam bekas bertutup pada suhu 150 darjah selsius selama 20 minit atau sehingga berwarna kuning keemasan.
3. Bila masak, tutupkan api dan biarkan ayam di dalam ketuhar tersebut.
4. Buka penutup, panggang ayam selama 5 minit lagi dalam ketuhar.

Cara membuat sup
1. Tumiskan halia dan bawang putih hingga berwarna keemasan.
2. Masukkan air rebusan ayam dan lada hitam, biarkan ia mendidih.
3. Apabila masak, taburkan daun sup.

Cara membuat sos
1. Campurkan semua ramuan dan kisarkan. Kacau hingga sebati.
2. Hidangkan bersama ayam bakar, sup dan nasi.

Masakan kita sudahpun siap. Dijamin sedap dan paling penting ia adalah resipi yang menyihatkan. Tapi kalau nasi ayam ni tak habis dimakan, bolehlah diberi kepada ayam. :D

Selamat mencuba.

Popularity: 1% [?]

3724116419.jpg

Pasukan bolasepak kegemaran saya sejak zaman sekolah, Manchester United menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2007/2008 setelah menewaskan Wigan 2-0 pada perlawanan terakhir musim ini, hasil jaringan penalti Cristiano Ronaldo (min.33) dan Ryan Giggs (min.80). Pencabar terdekatnya, Chelsea pula hanya mampu seri 1-1 menentang Bolton Wanderers.

Kejuaraan liga ini juga adalah untuk kali ke-10 dalam masa 16 tahun, menggambarkan dominasi United sepanjang hampir dua dekad lepas. Lebih manis lagi, Cristiano Ronaldo turut muncul penjaring terbanyak sepanjang musim dengan 31 gol.

manchester-united.jpg

Juara Liga sudah dalam genggaman, satu lagi misi merebut gelaran terbesar 21 Mei ini, menentang Chelsea di Moskow…Final Liga Juara-Juara Eropah!

Glory Glory Manchester United!

Popularity: 1% [?]

Hari Ibu datang lagi. Siapa yang tak tau bila Hari Ibu disambut di Malaysia? Ramai daripada kita yang tak ambil tau pun bila Hari Ibu kan? Ia disambut setiap Ahad minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun. Tahun ni ia jatuh pada 11 Mei. Tapi tak semestinya kita cuma perlu mengingati insan yang melahirkan kita ke dunia ini hanya pada hari itu. Alangkah baiknya kalau setiap hari kita anggap sebagai Hari Ibu.

Saksikan betapa siksanya si ibu melahirkan kita:

Dan mari kita renungkan bersama mesej ini:

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Popularity: 3% [?]

Hari ni aku nak meluangkan sedikit masa untuk melayan tag si abdfatah. Rasanya setiap kali aku kena tag tak pernah lagi aku menghampakan orang yang mengetag. Semua tag aku jawab walaupun kadang-kadang agak lambat sikit, dan walaupun kadang-kadang dalam keadaan tak berapa ikhlas… :D Tapi aku buat juga sebab ini juga salah satu cara promosi dan antara salah satu cara kita boleh dapat backlink free…di samping mengeratkan silaturrahim sesama blogger.

Tag yang dimulakan oleh sorang mamat yang panjang akalnya ni adalah tentang watak kartun atau superhero yang paling diminati masa kecik-kecik dulu. Berikut adalah syarat2 tag ni:

1. Hanya berikan satu watak kartun kegemaran korang, walaupun aku tau korang suka banyak cartoon… Ye la, dulu kecik-kecik mesti korang nak jadi Spider-man la, X-Men la, Superman la, Usop Sontorian la Tak kisah la, watak cartoon apa pun yang korang suka aku cuma nak korang beri satu saje.

2. Ceritakan secara ringkas, apa yang korang nak buat kalau korang ada kekuatan, atau kuasa, atau” power”, atau apa saje kelebihan yang ada pada ”hero” kegemaran korang tu. Korang boleh ambil contoh yang aku berikan nanti, tapi kalau boleh ceritakan lain dari yang lain, yang datang dari hati korang sendiri…

3. TAG balik kepada 5 orang rakan-rakan blog korang, ingat lima saje! Kenapa lima? ikut suka hati aku la… :P

Kalau nak diikutkan banyak juga kartun yang aku minat masa kecik2 dulu, tapi straight to the point, watak yang paling aku minat masa tu sudah pastilah Ultraman.

ultraman.jpg
Banyak spesis juga ultraman nih!

Sebabnya? Entahlah! Bagi seorang budak, untuk meminati kehebatan seseorang atau seseekor (aku tak pasti penjodoh bilangan apa yang sesuai untuknya) makhluk bernama Ultraman ini tak perlukan sebarang sebab. Bila kita rasa dia memang best, maka bestlah dia. Habis tu takkan nak minat kat watak raksasa pulak ye tak? :D

Tapi bagi aku masa tu, Ultraman adalah penyelamat dunia ni. Pantang ada raksasa je, dia datang menyelamatkan manusia, berhempas pulas bersilat dengan raksasa, sanggup berkorban walaupun membahayakan nyawa sendiri ( bila lampu kat dada dia dah bunyi tot tet tot tet tu!). Kalau tak ada Ultraman entahlah…hancurlah dunia ni rasanya dikerjakan raksasa-raksasa durjana tu.

Minatnya aku pada Ultraman hingga terbawa-bawa ke alam mimpi, dan kadang-kadang berangan menjadi Ultraman, dan selalu juga berangan menjadi budak-budak yang menyibuk di sisi Ultraman.

Kalaulah aku ada kuasa macam Ultraman tu, aku cuma nak pastikan dunia ni aman damai je. Manusia-manusia yang suka merosakkan kedamaian akan aku fire je. Kalau Amerika mahupun Israel nak serang negara lain nescaya akan ku-fire jet-jet dan kapal perang mereka, baliklah jaga negara sendiri!

Dari kaca mata aku yang dah dewasa ni, mungkin disebabkan budak-budak memang perlukan satu watak hero dalam diri mereka sebagai tempat melarikan diri dari realiti. Bila dimarahi ibu bapa atau guru, atau dibebani dengan kerja-kerja sekolah, maka selain bermain, berfantasi dengan watak superhero adalah salah satu cara melegakan tekanan.

Mungkin watak Ultraman malah superhero-superhero lain bukanlah model yang baik untuk dijadikan teladan kerana unsur-unsur ganasnya. Seringkali juga aku mengibaratkan rakan-rakanku sebagai raksasa-raksasa yang selalu aku belasah, dan selalu di-fire olehku kerana pengaruh dari Ultraman. Tapi paling penting moral disebaliknya adalah kebaikan akan tetap mengalahkan kejahatan.

Nampaknya minat aku pada Ultraman ‘menurun’ pada anak aku si Aiman tu. Pantang lalu kedai cd mesti mintak cd Otromen. Kalau beli baju mesti nak baju Otromen. Dan sudah tentu mainan Otromen menjadi keutamaan kalau nak beli mainan. Adoiihh…pening kepala aku, AKU FIRE JUGAK BUDAK NI KARANG!!!

ultramanjr.jpg

Okaylah aku nak TAG orang yang tak pernah aku tag pulak, kita tengok siapa yang kena!

Mohd Ismail - Blogger popular, nak cuba menumpang kepopularan dia! :D

Dikmal - Blogger dan Pembaca Blog Tegar

Cikgu Azleen - kartun apa agaknya yang perempuan minat ye?

Mawardee - Jangan asyik buat duit je, kita layan kartun jap.

Shafril - Aku pernah tag dia, tapi aku nak tag lagi…dan lagi…dan lagi!

hehehee…. tiada paksaan untuk menjawab tag tersebut. Sila abaikan jika tidak mahu menjawabnya. Suka hati aje untuk suka-suka.

sekian terima kasih.

PS: Minat melampau pada kartun / superhero tak perlulah terbawa-bawa sangat hingga ke alam dewasa seperti Faizal Tahir. Bak kata Mufti Perlis; “sekejap nak jadi orang, sekejap nak jadi Superman!”. Kesian…tak pasal-pasal tak boleh perform kat Perlis.

Popularity: 3% [?]